id=khairul4189">

Sunday, February 13, 2011

Gerrard, Agger kembali bersaing

The big 4-0.jpg Daniel Agger2 cropped.jpg
LIVERPOOL - Steven Gerrard dan Daniel Agger dijangka kembali menyertai Liverpool pada perlawanan menentang Sparta Prague dalam saingan Liga Europa, Khamis ini, menurut pengurus Reds, Kenny Dalglish.
Kapten berpengaruh, Gerrard terlepas pertemuan dengan Wigan yang berkesudahan seri 1-1 di Anfield ekoran kecederaan pangkal paha.
Sementara pertahanan Denmark, Agger turut tidak beraksi pada perlawanan tersebut berikutan masalah otot dan menyaksikan harapan Liverpool untuk melakar kemenangan kelima berturut-turut musnah sejak Reds diletakkan di bawah pengendalian, Dalglish.
Namun, Dalglish membayangkan kedua-dua pemain itu akan menyertai kujungan Liverpool ke Republik Czech pada pertengahan minggu ini.
"Ia lebih baik beberapa hari daripada berminggu-minggu," kata pengurus Liverpool ketika ditanya mengenai ketiadaan dua pemain berkenaan pada perlawanan menentang Wigan.
Dalglish sudah pasti menuntut anak-anak buahnya meningkatkan prestasi ekoran persembahan tidak konsisten menentang Wigan ketika mereka bertemu Sparta, kelak pada saingan pusingan 16 pasukan.
Liverpool mengintai peluang untuk melakar kemenangan kelima berturut-turut apabila pemain tengah Portugal, Raul Meireles meneruskan kecemerlangan menjaringkan gol kelimanya dalam enam perlawanan.
Jaringan itu juga meletakkan Liverpool mendahului pada separuh masa pertama menentang Wigan yang kini berada dalam zon penyingkiran.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah gagal mempertahankan kedudukan itu apabila pertahanan antarabangsa Ivory Coast, Steve Gohouri menjaringkan gol penyamaan yang membangkitkan kontroversi pada separuh masa kedua.
Dalglish menegaskan, gol Wigan itu seharusnya tidak diterima selepas pemain tersebut berada dalam kedudukan ofsaid.
Kekecewaan Liverpool semakin tidak dapat disorokkan apabila Luis Suarez yang buat pertama kali tampil dalam kesebelasan utama gagal dalam dua kali percubaannya yang sekadar terkena palang gol.
"Gol mereka cukup jelas ofsaid, tetapi perkara seumpama ini biasa berlaku. Kami amat kecewa. Perlawanan ini amat sukar, tetapi persembahan kami tidak begitu baik seperti yang kami pamerkan sebelum ini.
"Kami bermula baik dengan melakukan serangan dan Raul menjaringkan gol yang cantik. Rembatan Luis pula terkena tiang, tetapi rata-rata pemain ini terlibat dalam perlawanan pada Rabu lalu.
"Mereka agak kehilangan rentak dan permainan sebelum ini lebih bagus. Malah, mereka tidak beraksi mantap dan persembahan kelihatan tumpul," tambah Dalglish, yang mengakui segelintir pemainnya menampilkan permainan tumpul selepas terbabit dalam perlawanan pertengahan minggu bersama negara masing-masing.
Pengurus Wigan, Roberto Martinez menggesa para pemainnya agar bekerja keras dan memanfaatkan mata yang mereka peroleh sebagai platform untuk bangkit kembali.
"Gol Liverpool hadir ketika perlawanan sedang rancak berlangsung dan ia merupakan rembatan yang cukup luar biasa secara teknikalnya.
"Untuk beberapa ketika kami berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, tetapi kami tidak pula menunjukkan keyakinan yang kami mampu mengecewakan pasukan seperti Liverpool.
"Para pemain berhak untuk mendapat pujian. Berkunjung ke Anfield, jika anda tidak berada pada prestasi terbaik, anda tidak akan dapat apa-apa, tetapi saya rasa kami telah bertahan dengan baik sekali,'' kata Martinez. - AFP

Rooney buat semua peminat EPL kagum

LONDON - Wayne Rooney berkata, jaringannya pada perlawanan menentang jiran tetangga Manchester City kelmarin adalah yang terbaik.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson pula menyifatkan pemain itu adalah penyerang terhebat yang pernah dilihat di Old Trafford.
Kecemerlangan Rooney menenggelamkan semua masalah yang membelenggu pemain itu pada musim ini apabila menjaringkan gol penyelamat buat United ketika menentang City, kelmarin.
Pada perlawanan kelmarin, penyerang England itu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-78 sekali gus memberi kemenangan 2-1 kepada United untuk menewaskan City yang juga pesaing terdekatnya.
''Saya dapat lihat peluang untuk menjaring gol dan terus memanfaatkan peluang tersebut,'' kata Rooney.
Aksi akrobatik Rooney kelmarin membuatkan penjaga gol City, Joe Hart tergamam seketika.
Dalam pada itu, pemain pertahanan United, Rio Ferdinand yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan turut berkongsi kegembiraannya dalam laman sosial Twitter
''Wow... lihatlah jaringan daripada Rooney untuk mendapatkan kemenangan. Sepakan gaya kayuhan basikal Rooney itu sungguh mengagumkan,'' tulis Ferdinand.
Sementara itu, Ferguson berkata, prestasi yang dipamerkan oleh penyerang itu mengingatkannya kepada bekas pemain handalan United, Denis Law yang menjaringkan 171 gol sepanjang karier bersama kelab tersebut.
''Itu adalah aksi luar biasa daripada Rooney dan kita berjaya mendapatkan gol yang cukup mengagumkan serta jarang dapat dilihat.
''Walaupun gol yang dijaringkan oleh Nani adalah jaringan yang tidak diduga, namun gol Rooney tetap dianggap terbaik kerana memberi kemenangan kepada pasukan,'' kata Ferguson.
Gol pertama United dijaringkan oleh Nani pada minit ke-41 sebelum pemain City David Silva berupaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-65.
Beberapa percubaan dilakukan pada babak kedua perlawanan oleh kedua-dua pasukan sebelum Rooney memecah kebuntuan untuk memberikan kemenangan bergaya kepada United.
Ketika ini United terus berada di puncak liga dengan 57 mata melalui 26 perlawanan yang telah berlangsung, tempat kedua milik Arsenal dengan 53 mata manakala City di tangga ketiga ketinggalan lapan mata daripada pendahulu liga musim ini. - Agensi

Fergie mahu lagi sentuhan ekstra Rooney

 

Wayne Rooney (kiri) diraikan oleh rakan sepasukan, Nani selepas penyerang Manchester United itu menjaringkan gol kemenangan menentang Manchester City di Old Trafford, kelmarin. United menang 2-1. - REUTERS


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyifatkan gol kemenangan jaringan Wayne Rooney menentang Manchester City kelmarin, sebagai yang terbaik pernah disaksikannya walaupun beliau masih menagih lebih sentuhan daripada penyerangnya itu.
Rooney yang prestasinya terumbang-ambing musim ini, meledak gol kelima liga di Old Trafford menerusi sepakan gunting menakjubkan selepas menerima umpanan lintang daripada Nani, sekali gus memberikan kemenangan penting 2-1 ke atas musuh tetangga, City.
"Saya tidak pernah saksikan gol seumpama itu, semestinya. Ia mengingatkan saya Denis Law walaupun saya tidak pasti sama ada Denis pernah menyumbat gol yang kualitinya sedemikian.
"Saya tidak dapat ingat mana-mana gol sebagus ini di Old Trafford. Seingat saya, Rooney pernah menjaringkan gol berkualiti menerusi sepakan voli sewaktu menentang Newcastle beberapa tahun lalu dan sememangnya ada lagi banyak gol cantik dijaringkan pemain kita di sini," jelas Ferguson.
Bagaimanapun, Ferguson masih percaya Rooney dan rakannya di bahagian serangan, Dimitar Berbatov yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana setakat ini, mampu menyumbangkan lebih daripada itu.
"Saya harap Wayne sudah kembali pada prestasi terbaik. Apa yang saya inginkan daripada Wayne dan Berbatov adalah persembahan mereka semasa bertandang ke gelanggang lawan, mesti sebaik ketika beraksi di gelanggang sendiri," ujar Ferguson.
Nani memberikan kelebihan kepada United dengan jaringan pembukaan yang juga cemerlang pada lewat babak pertama, - meskipun tidak dapat dibandingkan dengan ledakan gol kemenangan Rooney pada minit ke-78.
"Masalahnya, gol Nani akan dilupakan terus. Itu gol yang cukup menarik - sentuhannya cukup luar biasa. Dia menampan bola dengan kemas dan menghukum pertahanan lawan, tapi malangnya tiada yang akan bercakap mengenai gol tersebut, hanya gol kemenangan Rooney jadi sebutan. Sukar dipercayai," kata Ferguson.
City menguasai sebahagian besar perlawanan, dan sesudah sepakan Edin Dzeko yang tertampan rakan sepasukan David Silva lalu melantun masuk ke dalam gawang United menjadikan kedudukan 1-1, City dilihat seakan-akan berpotensi untuk memenanginya.
Skuad Roberto Mancini bagaimanapun dikejutkan Rooney, yang jaringan kemenangannya itu pasti terpahat sebagai antara gol terpenting sepanjang kariernya.
"Betul, saya rasa itulah gol terbaik sepanjang hidup saya. Saya pernah menghasilkan gol dengan sepakan gunting ketika di bangku sekolah, namun jaringan saya pada malam ini merupakan yang pertama sejak bermain secara profesional.
"Saya rasa ia satu tindak balas semula jadi. Anda tidak ada masa untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan. Sembilan daripada 10 kali ia menggegar palang atau tersasar, tapi mujur kali ini ia masuk ke sisi penjuru jaring.
"Untuk menjaring gol sedemikian, dan melihat kegembiraan terpancar pada wajah para penyokong, pengurus, rakan-rakan sepasukan... begitu menakjubkan.
"Secara jujur, saya agak kecewa dengan persembahan saya secara keseluruhannya dan saya ada merujuk kepada beberapa raka. Mereka beritahu saya supaya berada di dalam kawasan penalti dan peluang akan terhidang.
"Saya pernah bermain dalam beberapa 'pertembungan jiran bandar raya', jadi saya sedar betapa penting perlawanan ini untuk seluruh bandar raya, terutamanya kepada City yang kian rapat.
"Lebih-lebih lagi, selepas hilang tiga mata minggu lalu, adalah penting untuk kita menang dan menjarakkan kedudukan kita dengan City," jelasnya.
Ekoran kekalahan kelmarin, City sudah boleh melupakan hasrat untuk mengejar United yang kini lapan mata di hadapan mereka dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
"Kami ditewaskan oleh seorang genius (merujuk kepada Rooney). Hanya gol luar biasa seperti itu mampu menentukan perlawanan ini. Keputusan yang adil sepatutnya adalah seri," katanya. - AFP

Suhardi galas tugas Anuar

Daripada SYED HESHAM IDRIS
sukan@utusan.com.my


GRAHAM Seers (kiri) berbincang dengan tiga pelumba negara yang akan mengambil bahagian dalam acara lebuh raya (dari kanan) Mohammad Rauf Nur Misbah, Suhardi Hassan dan Ng Yong Li di Korat, semalam.


KORAT - Pelumba berpengalaman, Suhardi Hassan bersedia menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Anuar Manan dalam acara lebuh raya pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011 di sini.
Menurut Suhardi, dia sedia untuk membantu melakukan henjutan bertaraf dunia ke garisan penamat, jika perlumbaan berakhir dalam kelompok besar pada perlumbaan yang akan berlangsung pada 18 Februari ini.
Suhardi, yang tiba di sini semalam bersama skuad lebuh raya negara berkata, dia tiada masalah dari segi kecergasan walaupun dipanggil pada saat akhir bagi menggantikan Anuar, yang menarik diri daripada menyertai ACC akibat demam panas.
Ini kerana, katanya, selepas berakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, dia tidak berpeluang berehat, sebaliknya diarah supaya meneruskan latihan seperti biasa.
Saya tidak sangka Anuar terpaksa menarik diri daripada ACC ini akibat demam dan agak terkejut juga apabila akhirnya saya dapat beraksi pada kejohanan di sini.
"Walaupun dipanggil pada saat akhir, saya tiada masalah dari segi kecergasan, saya sudah bersedia untuk memberikan kayuhan terbaik.
"Saya harap dapat melakukan kayuhan terbaik apatah lagi saya pernah memenangi pingat perak di sini pada Sukan SEA 2007," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Tambahnya, penyenaraiannya pada ACC di sini mungkin kesempatan terbaik buatnya untuk membuktikan dia masih merupakan antara pelumba terbaik negara, setelah gagal mencatat keputusan yang baik pada LTdL yang lalu.
"Pada LTdL 2011, saya kurang cergas seratus peratus dan saya rasa baru sekarang saya mencapai tahap kecergasan yang sebenar.
"Jadi penyertaan saya pada ACC ini tepat pada masanya di mana tahap kecergasan saya berada pada peringkat terbaik.
"Saya juga mahu mengakhiri kemarau pingat dalam acara lebuh raya kejohanan ACC selepas kali terakhir kita menang pingat itupun gangsa menerusi Nur Affendy Rusli pada 1991 di Ipoh," katanya. - Utusan

'Saya suka aksi mereka di Malaysia'

Oleh Aizawati Ahmad
sukan@utusan.com.my


PETALING JAYA - "Saya lebih suka jika mereka (pemain) kekal berada di Malaysia, main untuk liga kita." itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah ketika ditanya mengenai 'trend' para pemain negara beraksi di luar negara di sini, semalam.
Baginda bertitah, perumpamaan Melayu, 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri', wajar menjadi pegangan para pemain bola sepak negara.
Jelas baginda, tiada yang kurang dalam Liga Malaysia, para pemain akan tetap boleh meningkatkan permainan bersama skuad negeri atau pun kelab yang disertai mereka.
"Namun, penghijrahan pemain merupakan sebahagian daripada rencah dalam kehidupan sebagai pemain bola sepak profesional.
"Apabila kita beraksi baik, maka, lebih banyak pasukan luar berminat untuk mengambil mereka," titah baginda selepas menghadiri majlis menjunjung kasih kepada Presiden FAM di atas kejayaan pasukan kebangsaan di Wisma FAM di sini, semalam.
Bagaimanapun, menurut Sultan Ahmad Shah, baginda tidak pula berhajat hendak menghalang niat pemain berkenaan berhijrah ke luar negara, jika niat mereka itu untuk mencari pengalaman dan meningkatkan kemahiran permainan.
Sementara itu, penyerang kebangsaan, Safee Sali ketika ditemui pemberita berkata, hasratnya menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya adalah untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin di rantau orang.
"Kalau hendak meningkatkan prestasi, saya sedar main di Malaysia sudah memadai kerana ini dibuktikan dengan pencapaian saya sekarang.
"Tetapi, bermain di luar merupakan impian saya sebagai pemain profesional dan ini merupakan cita-cita saya," tegasnya.
Safee yang akan berlepas ke Indonesia, hari ini berkata, dia mempunyai masa dua hingga tiga minggu untuk menyesuaikan diri dengan permainan kelab barunya itu.
Ketika ditanya mengenai sasaran bersama kelab Pelita Jaya, Safee memberitahu, dia tidak meletakkan sebarang sasaran kerana apa yang penting adalah mempamerkan permainan terbaik buat kelab barunya itu.

Sultan Ahmad Shah terima pencalonan

 



PETALING JAYA - Sultan Ahmad Shah bersedia bertanding untuk jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang kini disandang oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sejak 1996.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu, semalam mendedahkan yang baginda ada menerima tawaran pencalonan tersebut bagi menjawat jawatan penting itu.
"Saya ada menerima pencalonan untuk menyandang jawatan sebagai Presiden, jika AFF mahukan saya berkhidmat, maka saya bersedia untuk menerimanya," titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas menghadiri majlis menjunjung kasih kepada Presiden FAM di atas kejayaan pasukan kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF di Wisma FAM di sini, semalam.
Menurut Sultan Ahmad Shah, jawatan tersebut bakal diiringi dengan tanggungjawab yang besar bagi membangunkan bola sepak di rantau Asia Tenggara.
Bagaimanapun, baginda enggan mengulas lanjut mengenai pencalonan tersebut kerana ia masih lagi di peringkat cadangan.
Sementara itu, Sultan Ahmad Shah turut mengumumkan Jawatankuasa Kewangan FAM telah bersetuju menambah jumlah peruntukan bagi geran pasukan-pasukan negeri yang beraksi dalam Liga Malaysia.
"Namun, saya tidak boleh mendedahkan lagi jumlah wang yang akan kita salurkan buat masa ini," titah baginda yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM sebelum majlis tersebut berlangsung.
Baginda menjelaskan, bagi memastikan prestasi skuad kebangsaan berada pada tahap terbaik, FAM bersedia untuk membelanjakan sejumlah peruntukan bagi membolehkan perlawanan persahabatan dapat diadakan dengan lebih kerap terutamanya beraksi di luar negara.
Sultan Ahmad Shah turut mendedahkan FAM bersedia untuk mengkaji secepat mungkin berhubung rayuan bagi meningkatkan jumlah elaun pengadil.
Pada mesyuarat itu juga, FAM telah melantik seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman sebagai Bendahari Kehormat FAM. Beliau merupakan presiden Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO).
Sebelum ini, jawatan pemangku bendahari dipegang oleh V. Ampega.

Harimau Malaya terima insentif RM50,000 juara AFF

 




PETALING JAYA - Skuad Harimau Malaya menerima habuan RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam sebagai insentif kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan pasukan jiran, Indonesia, Disember lalu.
Ganjaran itu disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kepada para pemain skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di sini.
Pada sidang akhbar, baginda bertitah, kejayaan skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki setelah 14 tahun menanti, merupakan satu era baru dalam arena bola sepak negara.
Titah baginda, kemenangan itu bukan sahaja cukup bermakna buat para pemain, tetapi ia juga menjadi kebanggaan seluruh warga Malaysia yang telah lama menantikan kejayaan besar seperti ini.
"Kita kini merupakan pasukan terbaik ASEAN, bukan saya seorang, malah seluruh rakyat amat bangga dengan kejayaan yang dilakar oleh para pemain kita.
"Malah, saya yakin seluruh rakyat berada di belakang pasukan negara ketika mereka melakar kemenangan ke atas Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki," titah Sultan Ahmad Shah pada majlis menjunjung kasih kepada Presiden FAM di atas kejayaan pasukan kebangsaan di Wisma FAM di sini, semalam.
Menurut Sultan Ahmad Shah, ini merupakan satu permulaan buat skuad kebangsaan untuk terus konsisten melakar kejayaan besar pada masa akan datang.
Jelas baginda lagi, bagi memastikan prestasi para pemain sentiasa berada pada tahap terbaik, FAM bersedia untuk memikirkan cadangan bagi membawa skuad Harimau Malaya menyertai perlawanan persahabatan di luar negara pula.
"Saya rasa tidak salah jika kita bawa pemain beraksi di luar bagi mendapat pendedahan yang sewajarnya," titah baginda.
Sultan Ahmad Shah turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan.
"Malah, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang sudi menyalurkan peruntukan bagi membantu membangunkan sukan bola sepak negara," titah baginda lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai masa depan skuad Harimau Muda, baginda bertitah, FAM bersedia untuk mencari haluan baru bagi membolehkan pemain-pemain muda negara menerima pendedahan sewajarnya.
"Tidak semestinya kita perlu ke Slovakia lagi, mungkin kali ini kita boleh menimba pengalaman di tempat lain pula seperti di Korea, Jepun atau pun negara Asia Barat," jelas Sultan Ahmad Shah.

Sumber UTUSAN

Sultan Ahmad Shah (barisan belakang) bertanya sesuatu kepada penyerang kebangsaan, Safee Sali sehingga menarik perhatian rakan sepasukan dan pegawai-pegawai FAM ketika sesi bergambar di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.

Saturday, February 12, 2011

Aksi akhir Safee tiada yang luar biasa

PEMAIN Selangor, Safee Sali (kanan) diasak pemain Kuala Lumpur, Muhammad Syafiq Johari dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1.


SHAH ALAM – Tiada apa yang luar biasa daripada penyerang utama negara, Mohd. Safee Sali dalam aksi terakhirnya bersama Selangor dengan keputusan menentang Kuala Lumpur dalam Liga Super 2011 di Stadium Shah Alam, semalam cuma berkesudahan seri 1-1.
Pemain berjersi nombor 10 itu yang menjadi tumpuan penyokong Selangor untuk sekurang-kurangnya menghadiahkan gol sebelum berhijrah ke Pelita Jaya FC Indonesia, turut gagal menunaikan hasrat mereka.
Sebaliknya, Mohd. Fadzli Saari membuktikan dia mampu menampung kegagalan itu apabila menanduk masuk bola hasil hantaran silang Mohd. Amri Yahyah untuk memberikan Selangor gol pendahuluan pada minit ke-17.
Malah, Merah Kuning turut dikejutkan dengan gol penyamaan Azwan Abd. Malek yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi pada minit ke-53.
Sementara itu, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan mengambil alih teraju carta Liga Super musim ini daripada Negeri Sembilan selepas membenam Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.
Lonjakan Wira Merah turut dibantu oleh kemenangan Perak ke atas Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan sepakan penalti Shahrulnizam Mustapa dan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-50 dan 65.
Anak buah Datuk M. Karathu itu kini mengumpul tujuh mata dan tetap mengatasi Perak yang turut terikat dengan mata yang sama, namun Si Seladang terpaksa akur dengan perbezaan gol iaitu lima berbanding tiga.
Nurul Azwan Roya, jaringan sendiri Ridwan Mao’n, Norshahrul Idlan Talaha dan Nizad Ayub memastikan tiga mata Kelantan biarpun pelawat dari selatan itu mendahului menerusi Ridwan pada minit ke-25.
Harimau Muda A turut mengorak langkah cemerlang apabila melonjak ke tangga ketiga liga dan memintas Negeri Sembilan menerusi kelebihan gol setelah mengejutkan barisan lebih berpengalaman, T-Team 3-1 di Stadium Petaling Jaya.
Jaringan Farid Ideris minit ke-26 membantu Sabah menundukkan Kedah 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu selepas menyambar tangkapan kurang kemas penjaga gol lawan daripada rembatan awal Zainizam Marjan.

Rizal hadiahkan emas pertama



MOHD. RIZAL TISIN


KORAT – Malaysia akhirnya meraih pingat emas pertama pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011 di sini menerusi Mohd. Rizal Tisin dalam acara 1 kilometer ujian masa elit di Velodrom Kompleks Sukan Korat, semalam.
Lebih menceriakan satu lagi pingat berjaya diraih oleh pelumba elit, iaitu gangsa oleh Fatehah Mustapa dalam acara 500 meter ujian masa wanita.
Mohd. Rizal mengesahkan pingat emas pertama buat kem Malaysia apabila mengungguli acara kegemarannya itu dengan masa 1:04.953 saat, mengatasi kepantasan jaguh China, Zhang Miao (1:05.949s) manakala tempat ketiga milik peserta Korea Selatan, Han Jaeho (1:07.644s).
Mengulas kejayaan memberikan pingat emas pertama kepada kem negara, Mohd. Rizal berkata, dia lega kerana akhirnya berjaya merealisasikan harapan emas, setelah menunggu sejak hari pertama kejohanan yang bermula Selasa lalu.
Tambahnya, sejak sebelum perlumbaan lagi dia menyematkan azam untuk memberikan pingat emas walaupun menyedari dia berdepan saingan jaguh China, Zhang Miao.
‘‘Sebelum saingan, saya berikrar walau apa cara sekali pun saya harus mengatasi Zhang Miao dalam acara ini, bagi membalas dendam kekalahan saya kepadanya pada ACC 2009 di Banjarmasin.
‘‘Saya sedar tugas saya untuk mengatasinya memang sukar kerana dia merupakan juara bertahan dalam acara ini.
‘‘Setelah dia gagal memintas masa yang saya catatkan, barulah saya berpuas hati. Dendam saya kepadanya sudah pun berbalas dan ia amat memuaskan apatah lagi saya sudah lama tidak mencatat kemenangan sebegini,” katanya.
Rizal juga pernah memenangi pingat emas acara yang sama pada ACC 2008 di Nara, Jepun, namun menyerahkan kejuaraan acara tersebut apabila kalah kepada Zhang Miao pada penentuan pingat emas pada ACC 2009.
Sementara itu, Fatehah memenangi pingat gangsa dalam acara 500m ujian masa dengan masa 37.016s.
Acara tersebut diungguli pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze (35.414s) dan perak milik Shuang Guo dari China (36.016s).
Fatehah menjelaskan, dia gembira dengan kejayaan memenangi pingat pertama pada ACC kali ini.
Menurutnya, walaupun gangsa, ia tetap memberi kepuasan kepadanya setelah pulang tanpa sebarang pingat pada ACC 2010 di Sharjah, UAE.
‘‘Saya amat berpuas hati dengan kejayaan tempat ketiga dalam acara 500m ujian masa ini kerana sebenarnya saya tidak menaruh harapan begitu tinggi untuk memenangi apa-apa pingat dalam acara ini.
‘‘Pingat ini sekurang-kurangnya mengubat kehampaan kerana saya sudah lama tidak mencatat keputusan yang baik dalam kejohanan antarabangsa,” katanya. – Utusan

Manchester United terus gah

Nani scores for Manchester United

Manchester United dan Manchester City bertemu lagi dalam perlawanan liga dimana kemenangan telah dicatatkan oleh Manchester UNITED. Terima kasih diatas jaringan hebat oleh pemain utama Manchester United , Rooney.

Manchester United 2 - 1 Manchester City

Micha Richards, Manchester City, tackles Patrice Evra, Manchester United

Nemanja Vidic, Manchester United, tackles Carlos Tevez, Mancheter City

Thursday, February 10, 2011

Azizulhasni sasar final pecut

 

AZIZULHASNI Awang menjalani latihan di Korat, Thailand kelmarin sebelum turun ke trek buat kali pertama, hari ini.


KORAT - Jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang akan memulakan aksi Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011dalam acara pecut individu hari ini, dengan sasaran layak ke final.
Menurut Azizulhasni, dia tidak mahu terburu-buru memikirkan sasaran emas kerana menyedari halangan sukar bakal diterima daripada pelumba China dan Jepun, yang menjadi pilihan acara tersebut.
Katanya lagi, kejayaan pelumba negara memungut empat perak (remaja) dan dua gangsa (elit) setakat ini, menguatkan lagi keazamannya untuk memberikan aksi terbaik.
"Sebenarnya acara ini (pecut individu) sepatutnya berlangsung semalam (kelmarin) tetapi ditangguhkan atas sebab yang saya tidak tahu.
"Namun ia tidak menjejaskan tumpuan saya sebaliknya memberi saya masa untuk membuat persediaan dan menyesuaikan diri dengan permukaan trek velodrom yang tidak begitu rata.
"Jepun dan China sememangnya menjadi pilihan dalam acara pecut individu ini, namun itu tidak bermakna mereka adalah pemenang mutlak.
"Saya pun berpeluang dalam acara ini tetapi perkara pertama yang harus saya sasarkan ialah melepasi saingan peringkat separuh akhir,'' katanya.
Mengulas mengenai perbezaan beraksi di atas trek simen yang tidak rata berbanding trek latihan biasanya yang mempunyai permukaan kayu, Azizulhasni menjelaskan, ia tidak memberi masalah besar.
"Cuma pecutan atas trek permukaan bersimen agak perlahan berbanding di trek permukaan kayu.
"Ia tidak menjadi masalah cuma permukaan litar di sini tidak rata yang menjejaskan sedikit kayuhan. Untuk itu," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai percaturan ketua jurulatih kebangsaan John Beasley yang tidak menurunkannya dalam acara pecut berpasukan kelmarin, Azizulhasni berkata, dia tidak meragui keputusan jurulatih itu.
Trio pecut berpasukan yang dibarisi Josiah Ng, Edros Yunus dan Rizal Tisin memenangi pingat gangsa kelmarin. - Utusan

Aidil akui standard sudah meningkat

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pasukan negara, Mohd. Aidil Zafuan mengakui terdapat sedikit perbezaan dalam corak permainan rakan-rakan sepasukannya selepas membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan dalam tempoh lima bulan.
Menurut Aidil, dia dapat berasakan terdapat peningkatan ketara terutama dari segi hantaran dan kepantasan melakukan serangan dengan persefahaman yang semakin baik di kalangan pemain.
“Selepas beraksi malam ini, saya dapati saya perlu meningkatkan lagi tahap permainan bagi menyamai standard rakan-rakan yang lain.
“Saya dapati cara permainan mereka sudah berbeza dan saya memerlukan masa dalam dua ke tiga perlawanan bagi mendapat rentak sebenar bersama rakan-rakan,” katanya yang ditemui selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong, kelmarin.
Aidil yang mengalami kecederaan ligamen silangan depan (ACL) semasa perlawanan akhir Piala Malaysia terpaksa melupakan panjang kejohanan Sukan Asia Guangzhou dan Piala Suzuki AFF.
Ketiadaannya bagaimanapun berjaya digalas pemain muda, Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas yang beraksi baik dalam kedua-dua kejohanan tersebut.
Menyentuh persembahannya kelmarin, Aidil berpuas hati kerana berjaya meraih kepercayaan jurulatih, K. Rajagobal bagi merebut kembali kesebelasan utama.
“Terus terang, saya tidak menyangka akan diberi kepercayaan untuk beraksi dan gembira kerana boleh beraksi dengan baik bersama Mohd. Fadhli Shas.
“Saya dapat rasa yang kami berdua ada keserasian untuk beraksi bersama di bahagian pertahanan dan ia bagus untuk kami dalam menghadapi perlawanan antarabangsa seterusnya, ” ujarnya.
Ditanya mengenai perebutan tempat di bahagian pertahanan yang semakin sengit ditambah dengan kehadiran Muslim dan Mohd. Faizal Muhammad, Aidil mengakui ia satu perkara yang baik dan dia langsung tidak merasai sebarang tekanan untuk beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan.
“Bagi saya ini satu aspek positif mengenai skuad kali ini, ia menandakan semakin ramai pemain berkualiti yang menyarung jersi negara, ” jelasnya.

Kita ada ramai penggempur

Kita ada ramai penggempur



AHMAD Fakri Saarani (kanan) berjaya memikat hati K. Rajagobal dengan aksi lincahnya ketika membantu Malaysia membenam Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.


KUALA LUMPUR - Malaysia memiliki banyak pilihan penggempur berbisa yang kini berada pada tahap terbaik, kata jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal selepas melihat prestasi pasukannya ketika membenam Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan, kelmarin.
Katanya, empat penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali, Ahmad Fakri Saarani, Norshahrul Idlan Talaha dan Shahrizal Mohd. Saad bermain dengan baik walaupun mereka tidak menghadiahkan gol dalam perlawanan tersebut.
Pada perlawanan kelmarin, Malaysia berjaya menjinakkan Hong Kong 2-0 hasil jaringan ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan sayap kanan, Mohd. Amirulhadi Zainal, minit ke-91.
''Mereka bermain dengan baik selain dapat melakukan beberapa percubaan ketika perlawanan berlangsung.
''Saya yakin mereka mampu memperbaiki kelemahan yang ada sekiranya dapat menyertai beberapa lagi perlawanan kompetitif seperti ini.
''Malah semangat yang dipamerkan oleh pemain juga amat tinggi walaupun ada penyerang kita iaitu Norshahrul masih belum sepenuhnya berada dalam kecergasan terbaik,'' kata Rajagobal.
Sementara itu, jurulatih Hong Kong, Tsang Wai Chung turut mengakui permainan yang dipamerkan skuad kebangsaan amat baik berbanding pasukannya.
''Pada separuh masa pertama Malaysia membuatkan kami berada dalam tekanan sehingga sukar untuk fokus sepenuhnya.
''Bagaimanapun saya tetap berpuas hati dengan pemain kami terutama mereka yang bermain di posisi pertahanan,'' jelas Wai Chung.

Profil Menteri


YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek

 
 Tarikh Lahir 
  10 Disember 1958
 Isteri 
  To’ Puan Sharipah Ismail 
 Anak 
  Nurkhalida
  Nur’adilah 
 Pengalaman
 1986-1990 : Pensyarah, Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Universiti Malaya
 1991-1992 : Fellow Penyelidik, Institute Of South East Asian Studies, Singapura
 2004- Sekarang : Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu
 6 Mac – 9 Apr : Menteri Penerangan 
 9 April – Sekarang : Menteri Belia & Sukan 
 Pendidikan
 Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan1
 1983 : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya
 1986 : Ijazah Sarjana Sains Politik, Universiti Leeds, England
 1989 : Diploma Lanjutan “Peace Conflict Resolutions”, Universii Uppsala, Sweden
 Pelantikan 
 2004-2006 : Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (Parlimen)
 2004-2006 : Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan & Khidmat Negara
 2004-2006 : Pengerusi, Hal Ehwal Luar Negara, Kelab Penyokong Kerajaan BN
 2004-2006 : Ahli, Biro Penerangan, UMNO
 2004-2008 : Ketua Penerangan, UMNO Terengganu 
 2001- Sekarang : Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kemaman
 2009 – Sekarang : Ahli Majlis Tertinggi, UMNO Malaysia 

Wednesday, February 9, 2011

Mari bermain ping pong

UNDANG-UNDANG PINGPONG SECARA RINGKAS

1 PERALATAN
1.1 Meja: Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat dengan ukuran, panjang 274 meter, lebar 1525 meter dengan tingginya 78sm.

1.2 Jaring: Ketinggian jarring ialah 15.25 sm dari permukaan meja dan tiang jaring 15.25 sm tinggi. Sebelah luar tiang hendaklah 15.25 sm dari garisan

1.3 Bola: Bola berwarna putih, oren dan kuning boleh digunakan dalam permainan.

1.4 Bet:
1.4.1 Bet: Boleh berada dalam sebarang saiz, bentuk atau berat.
1.4.2 Raket mesti bergetah pada satu permukaan atau kedua-dua permukaan.
1.4.3 Permukaan bet yang tidak bergetah mestilah dicelup dengan warna hitam atau merah. Warna getah di kedua-dua muka bet mestilah berlainan. Jika getah digunakan, muka disebaliknya hendaklah digunakan getah warna hitam
1.4.4 Permain-pemain di sekolah rendah digalakkan menggunakan bet yang ringan.
1.4.5 Permukaan bet yang tidak bergetah tidak boleh digunakan untuk memukul bola.
1.4.6 Bet yang dilekatkan dengan lapisan span sahaja tidak boleh digunakan

1.5 Getah:
1.5.1 Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan Pingpong Antarabangsa).
1.5.2 Pemain-pemain peringkat permulaan digalakkan menggunakan getah yang beralas dengan lapisan span.
1.5.3 Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang dan kembung.

1.6 Pakaian:
1.6.1 Pemain tidak boleh memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna bola. Umpamanya pemain tidak boleh memakai pakaian yang berwarna putih jika bola yang digunakan berwarna putih.
1.6.2 Baju pemain hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
1.6.3 Pemain bergu mesti memakai pakaian yang berwarna sama.

2 Satu mata
2.1 Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila ‘rally’ itu adalah satu set.
2.2 Jika gagal membat servis yang baik.
2.3 Jika gagal memukul hantaran balik yang baik.
2.4 Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.
2.5 Jika pemain, atau apa-apa yang dipakai atau dibawa, menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.
2.6 Jika pemain, atau apa-apa yang dipakainya atau dibawanya, menyentuh jarrng atau tiangnya apabila bola itu dalam permainan.
2.7 Jika tangan bebasnya menyentuhi permukaan permainan semasa bola itu dalam permainan.

• Keputusan pengadil adalah muktamad. 


Peraturan
1. Pemain dikehendaki berada di tempat perlawanan 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula.
2. Kawasan latihan disediakan untuk peserta yang ingin membuat latihan
3. Pemain yang ingin melekatkan getah pada bet, perlu berada di kawasan yang telah pihak penganjur sediakan.
4. Pemain tidak boleh berada di dalam tempat perlawanan selagi arahan tidak diberikan.

Trio pecut sambar gangsa

KORAT - Gandingan Josiah Ng, Edrus Yunos dan Rizal Tisin berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011 di sini, sekali gus menebus kehampaan setelah pulang tanpa pingat pada ACC 2010 di Sharjah, UAE tahun lalu.
Pingat pertama yang dimenangi oleh skuad senior negara pada kejohanan yang bermula semalam dihasilkan apabila mengalahkan pasukan Iran dalam penentuan tempat ketiga.
Trio negara mencatat masa 1:02.36s, manakala Iran sekadar 1:02.73s. Emas acara tersebut dimenangi China (1:01.25s) manakala pingat perak milik Jepun (1:01.40s).
Mengulas pingat gangsa yang diraih semalam, ketua jurulatih negara John Beasley berkata, kejayaan mengalahkan Iran dalam penentuan pingat gangsa sememangnya sudah diduga.
Menurutnya, ini kerana trio negara mempamer kayuhan bertenaga pada peringkat kelayakan, namun gagal meneruskan kemaraan ke final apabila kalah kepada pasukan Jepun.
"Kejayaan memenangi pingat gangsa tidaklah begitu buruk buat skuad negara. Cuma saya agak kecewa kerana gagal layak ke penentuan emas dalam acara pecut berpasukan ini hanya disebabkan perbezaan masa yang begitu kecil berbanding pasukan Jepun pada peringkat sebelum ini.
"Pingat gangsa ini sudah memadai untuk menebus kehampaan kerana pada ACC 2010, di mana kita menduduki tempat kelima dalam acara ini," katanya.
Ditanya mengapa dia tidak menurunkan jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang dalam acara pecut berpasukan, Beasley berkata, dia mempunyai sebab dan strategi untuk menurunkan gandingan Josiah, Mohd. Edros dan Mohd. Rizal pada saingan di sini.
"Jika saya menyenaraikan Azizulhasni dalam acara pecut, ya kita memang akan lebih pantas. Namun saya ada alasan untuk mengetepikan Azizul kerana dia mempunyai misi tersendiri iaitu untuk beraksi dalam acara keirin.
"Saya mahu dia (Azizulhasni) fokus dalam acara keirin, sebab itu saya tidak menyenaraikan beliau.
"Lagipun gandingan hari ini saya lihat sudah semakin serasi dan bertambah pantas dan saya yakin mereka mampu meningkatkan keserasian dan kepantasan," katanya.

Remaja negara raih 3 perak

Remaja negara raih 3 perak



TRIO remaja (dari kiri) Mohd. Arfy Qhairant, Hamdan Hamidun dan Fauzan Nor Azman sekadar berpuas hati memenangi pingat perak dalam acara pecut berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, semalam.


KORAT - Pelumba remaja negara mencatat permulaan baik pada hari pembukaan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011 di Korat apabila meraih tiga pingat perak semalam.
Pingat pertama disumbangkan Jupha Somnet yang menduduki tempat kedua dalam acara 500 meter ujian masa wanita, sekali gus mempertahankan perak yang dimenanginya pada ACC di Sharjah, UAE tahun lalu.
Jupha, 18, yang mencatat kepantasan 38.452 saat, akur dengan kepantasan pelumba Korea Selatan Cho Sun Young (38.452s) yang memenangi emas, manakala gangsa milik pelumba tuan rumah, Apinya Promboot (40.593s).
Mohd. Arfy Qhairant menyumbang satu lagi pingat perak menerusi acara 1km ujian masa lelaki dengan masa 1:07.825s. Pelumba Thailand, Satjakul Sianglam memastikan tuan rumah ceria apabila memenangi acara itu dengan kepantasan 1: 06.893s, manakala gangsa diraih pelumba Jepun, Kyohei Shinzan (1:07.920s).
Pingat perak terakhir negara diraih menerusi acara pecut berpasukan lelaki hasil gandingan Mohd. Arfy, Hamdan Hamidun dan Fauzan Nor Azman yang kalah dalam penentuan pingat emas kepada trio Jepun.
Pasukan negara mencatat 1:05.569s untuk pingat perak, manakala trio Jepun memastikan pingat emas dengan masa 1:04.585s.
Sementara itu, kejayaan mengekalkan perak yang dimenangi di Sharjah pada ACC tahun lalu tidak begitu memuaskan Jupha kerana dia sebenarnya menyasarkan emas pada penyertaan kedua ACC.
Menurutnya, kepantasan 40.544s dalam acara tersebut semalam bukanlah catatan terbaiknya kerana pada ACC 2010, dia mencatat masa 39.80s ketika memenangi pingat perak.
"Saya menyasarkan emas pada kejohanan di sini setelah menduduki tempat kedua dalam acara yang sama di Sharjah tahun lalu, namun pelumba Korea yang memenangi emas hari ini ternyata lebih pantas.
"Ini merupakan kali pertama saya berdepan dengan cabaran pelumba tersebut.
"Begitupun pingat perak ini sedikit melegakan kerana saya tidak sempat mengadakan persediaan rapi untuk kejohanan ini kerana bercuti selama tujuh bulan demi fokus untuk peperiksaan SPM.
"Hanya setelah selesai SPM barulah saya kembali ke trek dan membuat persediaan ke ACC di sini mulai Disember," katanya.
Sementara itu, Mohd. Arfy berpuas hati dengan kejayaan pingat perak dalam 1km ujian masa kerana ia bukanlah acara kegemarannya.
"Saya mengambil bahagian dalam empat acara pada ACC di sini iaitu 1km ujian masa, pecut berpasukan, pecut 200m dan keirin.
"Daripada keempat-empat acara tersebut, saya menggemari acara keirin dan pecut berpasukan. Kejayaan memenangi perak dalam acara bukan pilihan ini (1km ujian masa) merupakan permulaan baik dan saya berharap dapat keputusan yang lebih baik dalam acara kegemaran saya selepas ini," katanya. - Utusan

Rajagobal puas aksi pemain

 

Tahniah lagi kepada Rajagopal

Rajagobal puas aksi pemain

KUALA LUMPUR - Lebih sebulan selepas berjaya menjulang kejuaraan bersejarah Piala Suzuki AFF, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal lega melihat anak-anak buahnya meneruskan momentum baik dengan menewaskan Hong Kong 2-0 semalam.
Kemenangan ke atas Indonesia itu memberi keyakinan kepada skuad Harimau Malaya, dan semalam mereka menunjukkan kematangan ketika berdepan Hong Kong.
Menurut Rajagobal, selepas kejayaan Piala Suzuki AFF semua peminat meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad kebangsaan, dan nyata pemainnya tenang menghadapi tekanan untuk menghasilkan satu lagi keputusan menggembirakan.
"Pada masa ini, yang paling penting adalah kemenangan dan cara kemenangan. Saya gembira dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain.
"Malah kita juga akui bukan mudah untuk mengekalkan momentum pasukan di tahap terbaik seperti perlawanan malam ini (semalam)," katanya kepada pemberita tamat perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.
Tambah Rajagobal lagi, semangat dan kesungguhan yang dipamerkan oleh pemain harus dipuji.
"Pada perlawanan ini seluruh bahagian dalam pasukan berfungsi dengan baik selain dapat memberi tekanan kepada pihak lawan pada separuh masa pertama.
"Seandainya kita dapat menyertai banyak lagi perlawanan antarabangsa sudah tentu prestasi pemain dapat terus berada di tahap terbaik," jelas Rajagobal.

Tahniah Harimau Malaya

Cayok   cayok    Tahniah diucapkan kepada skuad harimau Malaya kerana berjaya membuktikan kehebatan mereka kepada para penonton. Berikut adalah ulasan oleh pihak Utusan:

Harimau Malaya mengaum lagi



PENYERANG Malaysia, Safee Sali (tengah) membuat percubaan sambil diasak pemain Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.


SHAH ALAM - Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan rentak konsisten selepas menjuarai Piala Suzuki AFF apabila garang menumpaskan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.
Satu gol dalam setiap separuh masa oleh kapten, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Mohd. Amirulhadi Zainal pada minit ke-91 sudah cukup memastikan 5,000 penonton yang hadir pulang dengan senyuman dalam perlawanan yang menyaksikan penguasaan penuh skuad negara.
Tiada banyak perubahan pemain dalam kesebelasan utama yang diturunkan oleh K. Rajagobal, kecuali Mohd.Aidil Zafuan kembali mendapat tempat yang meletakkan Mohd. Muslim Ahmad di bangku simpanan.
Selain itu, Mohamad Ashari Samsudin menjadi pilihan K. Rajagobal untuk diletakkan di posisi sayap kiri sementara K. Gurusamy mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Amar Rohidan yang digugurkan kerana mengalami demam campak.
Harimau Malaya memberi amaran seawal minit ke-12 apabila rembatan padu penyerang sensasi, Safee Sali diselamatkan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai sebelum singgah mengenai palang.
Selepas mengasak bertubi-tubi, gol pembakar semangat Malaysia akhirnya hadir pada minit ke-44.
Malaysia harus berterima kasih kepada kesilapan pertahanan Hong Kong, Deng Jinghuang yang terjatuh semasa cuba melakukan sepakan keluar di bahagian kiri pintu gol.
Safiq yang berada berhampiran Jinghuang pantas menyambar bola sebelum melarikan diri di hadapan pintu gol Hong Kong dan melepaskan rembatan leret yang menewaskan Hung Fai untuk gol pertama Malaysia.
Pada separuh masa kedua, Hong Kong yang tidak menghadirkan sebarang ancaman kepada kubu negara menampilkan perwatakan yang lebih agresif.
Hong Kong hampir mendapatkan gol penyamaan pada awal minit ke-47 menerusi rembatan padu Ye Jia, namun Khairul Fahmi tangkas menafikan hasrat lawan.
Harimau Malaya memperoleh kesempatan terbaik menjarakkan kedudukan pada minit ke-60 berpunca menerusi hantaran silang sebelah kiri Ashari tetapi tandukan Safee sekadar sipi di bahagian kanan pintu gol Hong Kong.
Percubaan Aidil menerusi percubaan leret menerusi sepakan percuma juga gagal membuahkan hasil walaupun Hung Fai sudah tertewas.
Malaysia terus kempunan apabila tiang pula menjadi penghalang kepada hasrat S. Kunanlan pada minit ke-70 walaupun sudah berjaya melepaskan rembatan di dalam kotak penalti tanpa sebarang tekanan dikenakan oleh pertahanan lawan.
Namun, kemasukan Amirulhadi yang menggantikan Ashari membuahkan hasil yang melakukans gerakan secara solo dan melepaskan rembatan dari arah tepi untuk kedudukan 2-0 pada minit ke-91.

Tuesday, February 8, 2011

MALAYSIA bolehhhh


PETALING JAYA - ''Lupakan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 sebaliknya turun dalam perlawanan menentang Hong Kong dengan fokus mahu menang."
Itu amanat yang diberikan oleh jurulatih negara, K. Rajagobal menjelang perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sambil menjadikan Sepanyol sebagai contoh terbaik, Rajagobal berkata, selepas pasukan itu menjuarai Piala Dunia, mereka tewas dua kali secara berturut-turut dalam perlawanan persahabatan.
''Minda ini yang harus diubah oleh para pemain, jangan terlalu berasa selesa kerana ia boleh terjadi kepada mana-mana pasukan di dunia seperti mana juga, Sepanyol.
''Berikan tumpuan kepada perlawanan berdepan Hong Kong esok (malam ini), jangan fikir lagi pasal kejayaan kita di Piala Suzuki AFF. Esok adalah satu perlawanan yang berbeza, saya kalau boleh mahu kita menang dalam perlawanan ini, " katanya dalam sidang media di Wisma FAM, semalam.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan jurulatih sementara Hong Kong, Wai-Chung Tsang.
Perlawanan berdepan Hong Kong merupakan ujian pertama buat Rajagobal selepas membawa Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF kali pertama pada Disember lalu.
Namun, Hong Kong bukanlah nama yang asing kepada Rajagobal kerana pada tahun 2004 , Malaysia tewas 1-3 kepada pasukan dari Asia Timur itu dan Rajagobal merupakan jurulatih sementara skuad kebangsaan pada waktu itu.
Dalam pada itu, Rajagobal berkata, perlawanan hari ini merupakan kesempatan terbaik buat pemainnya yang baru pulih daripada kecederaan untuk merebut kembali tempat dalam pasukan kebangsaan.
''Beberapa pemain seperti Ahmad Fakri Saarani, Farizal Marlias dan Mohd. Aidil Zafuan yang tidak beraksi semasa Piala Suzuki AFF kerana kecederaan berpeluang menunjukkan sesuatu, selain itu saya juga mahu lihat sejauh mana perkembangan pemain seperti Shahrizal Mohd. Saad, "katanya.
Dia juga mengesahkan lima pemain tidak dapat diturunkan pada perlawanan hari ini iaitu Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Azmi Muslim, Izzaq Faris Ramlan dan Amar Rohidan akibat kecederaan.
PETALING JAYA - ''Lupakan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 sebaliknya turun dalam perlawanan menentang Hong Kong dengan fokus mahu menang."
Itu amanat yang diberikan oleh jurulatih negara, K. Rajagobal menjelang perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sambil menjadikan Sepanyol sebagai contoh terbaik, Rajagobal berkata, selepas pasukan itu menjuarai Piala Dunia, mereka tewas dua kali secara berturut-turut dalam perlawanan persahabatan.
''Minda ini yang harus diubah oleh para pemain, jangan terlalu berasa selesa kerana ia boleh terjadi kepada mana-mana pasukan di dunia seperti mana juga, Sepanyol.
''Berikan tumpuan kepada perlawanan berdepan Hong Kong esok (malam ini), jangan fikir lagi pasal kejayaan kita di Piala Suzuki AFF. Esok adalah satu perlawanan yang berbeza, saya kalau boleh mahu kita menang dalam perlawanan ini, " katanya dalam sidang media di Wisma FAM, semalam.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan jurulatih sementara Hong Kong, Wai-Chung Tsang.
Perlawanan berdepan Hong Kong merupakan ujian pertama buat Rajagobal selepas membawa Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF kali pertama pada Disember lalu.
Namun, Hong Kong bukanlah nama yang asing kepada Rajagobal kerana pada tahun 2004 , Malaysia tewas 1-3 kepada pasukan dari Asia Timur itu dan Rajagobal merupakan jurulatih sementara skuad kebangsaan pada waktu itu.
Dalam pada itu, Rajagobal berkata, perlawanan hari ini merupakan kesempatan terbaik buat pemainnya yang baru pulih daripada kecederaan untuk merebut kembali tempat dalam pasukan kebangsaan.
''Beberapa pemain seperti Ahmad Fakri Saarani, Farizal Marlias dan Mohd. Aidil Zafuan yang tidak beraksi semasa Piala Suzuki AFF kerana kecederaan berpeluang menunjukkan sesuatu, selain itu saya juga mahu lihat sejauh mana perkembangan pemain seperti Shahrizal Mohd. Saad, "katanya.
Dia juga mengesahkan lima pemain tidak dapat diturunkan pada perlawanan hari ini iaitu Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Azmi Muslim, Izzaq Faris Ramlan dan Amar Rohidan akibat kecederaan.
PETALING JAYA - ''Lupakan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 sebaliknya turun dalam perlawanan menentang Hong Kong dengan fokus mahu menang."
Itu amanat yang diberikan oleh jurulatih negara, K. Rajagobal menjelang perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sambil menjadikan Sepanyol sebagai contoh terbaik, Rajagobal berkata, selepas pasukan itu menjuarai Piala Dunia, mereka tewas dua kali secara berturut-turut dalam perlawanan persahabatan.
''Minda ini yang harus diubah oleh para pemain, jangan terlalu berasa selesa kerana ia boleh terjadi kepada mana-mana pasukan di dunia seperti mana juga, Sepanyol.
''Berikan tumpuan kepada perlawanan berdepan Hong Kong esok (malam ini), jangan fikir lagi pasal kejayaan kita di Piala Suzuki AFF. Esok adalah satu perlawanan yang berbeza, saya kalau boleh mahu kita menang dalam perlawanan ini, " katanya dalam sidang media di Wisma FAM, semalam.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan jurulatih sementara Hong Kong, Wai-Chung Tsang.
Perlawanan berdepan Hong Kong merupakan ujian pertama buat Rajagobal selepas membawa Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF kali pertama pada Disember lalu.
Namun, Hong Kong bukanlah nama yang asing kepada Rajagobal kerana pada tahun 2004 , Malaysia tewas 1-3 kepada pasukan dari Asia Timur itu dan Rajagobal merupakan jurulatih sementara skuad kebangsaan pada waktu itu.
Dalam pada itu, Rajagobal berkata, perlawanan hari ini merupakan kesempatan terbaik buat pemainnya yang baru pulih daripada kecederaan untuk merebut kembali tempat dalam pasukan kebangsaan.
''Beberapa pemain seperti Ahmad Fakri Saarani, Farizal Marlias dan Mohd. Aidil Zafuan yang tidak beraksi semasa Piala Suzuki AFF kerana kecederaan berpeluang menunjukkan sesuatu, selain itu saya juga mahu lihat sejauh mana perkembangan pemain seperti Shahrizal Mohd. Saad, "katanya.
Dia juga mengesahkan lima pemain tidak dapat diturunkan pada perlawanan hari ini iaitu Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Azmi Muslim, Izzaq Faris Ramlan dan Amar Rohidan akibat kecederaan.

UTUSAN ONLINE

Peluang menyertai VIKING FUTSAL

Vikings Futsal, sebuah organisasi Futsal serata Australasia – Queensland, Victoria, New South Wales, Tasmania, Western Australia, New Zealand, China, England, Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina bakal menganjurkan kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 0 (Asas) bagi melatih individu yang berminat dalam sukan futsal untuk menjadi jurulatih di peringkat akademi dan sekolah. Berlangsung pada 19 – 20 Februari di Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor, kursus ini menitik beratkan dari aspek latihan asas futsal seperti kawalan bola, hantaran, kecergasan, posisi, teknik dan latihan penjaga gol. Peserta yang berjaya menamatkan kursus selama 2 hari ini akan diberi peluang untuk mengendalikan Akademi Gol Brasil di komuniti atau sekolah masing-masing. Ianya adalah bertujuan untuk menilai tahap prestasi setiap jurulatih yang terlibat untuk diberi peluang menyertai Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 1 (Lanjutan) yang akan dikendalikan tenaga pengajar yang bertauliah serta berpengalaman luas dlm kejurulatihan futsal yang di datangkan khas ke Malaysia dari Brasil. Yuran sebanyak RM350 seorang dikenakan dan setiap peserta secara automatik akan menjadi ahli VFM bagi tahun 2011.
Sebarang pertanyaan atau makluman berkaitan kursus boleh lah menghubungi talian 019-7118433 atau emailkan permohonan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my.

Kehebatan Wira Bolasepaj lama2 punyer...!!!!!

Oleh: ZA
Suatu ketika dahulu, nama mereka sering mentii di bibir peminat bola sepak tanah air, namun aksi menarik bekas-bekas pemain skuad kebangsaan itu semakin terpinggir, tenggelam di sebalik kancah bola sepak pada masa kini.
Nama-nama seperti Shukor Salleh, Ahmad Sobri Ismail, Radhi Md. Din, Shahrin Majid dan Azman Adnan suatu ketika dahulu menjadi idola peminat bola sepak tempatan yang pasti masih merindui kehebatan mereka memperagakan kemahiran di tengah padang.
Ternyata, mereka masih hebat seperti dibuktikan ketika mewakili pasukan Bekas Pemain Malaysia menentang skuad Bekas Bintang Singa Utara Perlis dalam perlawanan merebut Charity Cup 1Malaysia di Stadium Utama, Kangar, semalam.
Dengan kemahiran ditunjukkan, Bekas Pemain Malaysia Berjaya menjulang Charity Cup 1Malaysia selepas menewaskan Bekas Bintang Singa Utara Perlis 4-1 hasil jaringan Shahrin (minit 20 dan 25), Koet Kin Keong (minit 53) dan Azman (minit 72). Satu-satunya jaringan Perlis dihasilkan Hamizan Ismail (minit 27).
Perlawanan anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bekas Stlet Kebangsaan itu Berjaya mengembalikan nostalgia kehebatan bekas pemain Malaysia dan Perlis.
Tidak, kurang hebatnya Bekas Bintang Singa Utara Perlis memberikana aksi menarik menerusi barisan mantap yang antaranya penyerang sensasi Saidin Osman, Jaflus Jahit, Suhairi Karim dan Andrien Jurad Chamrong .
Perlawanan tersebut selain membangkitkan semangat bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri Perlis, ia bertujuan mengutip dana bagi membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang susah, orang kurang upaya dan mangsa bencana alam seperti banjir baru-baru ini.
Aksi pemain kedua-dua pasukan berjaya `mencuti hati’ peminat-peminat bola sepak khususnya di Perlis yang terpegun menyaksikan kehandalan mengawal dan menguasai bola daripada pemain-pemain veteran tersebut walaupun pergerakan agak terbatas kerana factor usia.
Namun, tanpa kelincahan sebagaimana dahulu, penguasaan dan kemahiran menggelecek masih tetap `berbisa’ bagi bekas-bekas pemain kedua-dua pasukan itu yang berjaya menghiburkan penonton.
Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemain kedua-dua pasukan. – MEDIASUKAN.

Malaysia...AUMMMMMM

Medan Uji Kemampuan

Oleh: Faisal Jamal
Foto: Faisal Jamal
KELANA JAYA, 8 Feb – Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan K. Rajagobal akan memastikan anak buahnya memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Hong Kong malam esok. Katanya walaupun ia hanya perlawanan persahabatan tetapi tetap penting dalam memastikan pencapaian skuad negara di peringkat yang lebih tinggi.
Ketika beberapa pemain tampak di ketepikan dalam perlawanan esok akibat kecederaan, Rajagobal bingkas menolak sebarang kerisauan ketiadaan pemain-pemain utama sambil menyifatkan ia peluang terbaik pemain-pemain baru untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.
” Kita juga harus beri peluang kepada mereka untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dan saya tiada masalah dengan situasi itu. Jika pemain utama tiada, saya boleh menurunkan pemain-pemain lain kerana mereka juga mempunyai kebolehan masing-masing”,katanya.
Antara pemain-pemain yang mengalami kecederaan ialah Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim, Izzaq Faris Ramlan, S.Chanturu dan Sharbinee Alawi sementara Amar Rohidan masih diserang demam campak.
Sementara itu Ketua Jurulatih Hong Kong Tsang Wai Chung akan tetap menurunkan barisan terkuatnya menentang Malaysia esok sambil menyifatkan skuad negara jauh berbeza semenjak memenangi Piala Suzuki AFF tahun lepas. Katanya Hong Kong akan membariskan barisan utamanya bagi menguji kekuatan pasukan negara.
Perlawanan bertemu Hong Kong juga boleh dianggap medan menguji barisan pemain sebelum skuad negara berhadapan dengan Pakistan dalam perlawanan kelayakan Olimpik London 23 Februari ini.
Malaysia pernah bertemu Hong Kong pada 2004 sebanyak dua kali dalam perlawanan kelayakan piala dunia namun skuad negara tewas kedua-dua pertemuan itu.
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam esok dengan sepak mula pada jam 8.45 malam.

Kenangan hari terakhir LTDL 2011

Yeeha!!! Hari terakhir untuk karnival pameran LTDL 2011. Semua bersemangat untuk melakukan tugas buat hari yang terakhir. Boleh di katakan semua team pameran ISN bangun awal untuk melaksanakan tugas di hari yang terakhir ini. Bangun awal-awal, mandi lama-lama dan breakfast puas-puas. Kenapa begitu? Sebab kami duduk di Hotel Midah jer..dekat sangat-sangat dengan tapak karnival pameran LTDL. Kredit to Kak Nani LTDL yang pandai sekali lagi memilih hotel untuk mai semua menginap.


Seperti yang di jangka, tapak karnival pameran sudah di penuhi pengunjung seawal 8.30 pagi walaupun ianya di buka pada pukul 9.00 pagi. Terima kasih kepada Encik Fawas yang tiba awal dan jaga booth ISN. Suruh datang awal sebab takut jalan di tutup dan tiada parking. Keadaan dataran yang agak lembab sedikit mungkin sebab baru hujan semalam.  Budget nak berangin la kaki ni, tapi bila hujan, habis semua sejuk tapak kaki.

Seperti biasa, bike fit kami memang tetap  menjadi pujaan hati pengujung, lagi-lagi bila ada peserta yellow ride di sekitar tapak karnival. Yellow Ride? Korang tahu tidak? Mereka ni peserta yang mengayuh basikal beramai-ramai di jalan yang telah di tetapkan oleh pihak penganjur. Semuanya kuning. So, senang la nak kenal mereka dari jauh. Masa mereka sampai kat booth ISN, saya pun bakarlah sedikit ego mereka "abg/kakak, nak cuba try kekuatan kaki tu? meh lar… buat ujian ni, baru betul". Memang riuh dibuatnya bila mereka cuba. Habis gegar satu booth. Berpeluh-peluh juga mereka kayuh di tambah dengan penat lelah berkayuh acara sebelumnya. Bak kata Anu dan Che Mat Raja Lawak, memang dasar nak tengok orang berpeluh, hehehehe…

Tidak lupa juga kepada bunga-bunga pegawai pemakanan sukan ISN, kak Soraya serta Kak Neng. Menjadi rebutan orang ramai yang berkunjung sebab nak cek berat, tinggi serta kandungan lemak di dalam badan dengan percuma. Dan menjadi sejarah LTDL 2011 sampai beratur panjang pengunjung untuk melakukan ujian ini. Tak menang tangan dibuatnya anak buah Kak Imah ni… hehehe… (Comfirm tersedak Kak Imah time saya taip blog ni) weeee…

Turut menjadi perhatian di booth ISN, G5! hmmm… apa tu? Apple Mac kepunyaan pusat analisis sukan yang di bawa khas oleh En. Fawas serta pelajar praktikalnya. Siap ada yang tanya, tak nak goodies ISN yang biasa, nak yang G5 ni pun cukup lar. hahaha… Monitor pun jadi lah… popular sungguh G5 ni… Pegawai dari pusat analisis sukan ini menunjukkan analisis pasukan bola sepak kebangsaan ketika menentang Laos. Ramai juga yang tengok dan adalah seorang dua memberikan pendapat kepada En. Fawas. Lama jugalah mereka berbual. Nak dekat sejam Fawas melayan. Nak tau apa yang dibualkan, tanyala Fawas bila jumpa dia nanti… hehehehe

Untuk memeriahkan lagi hari terakhir LTDL 2011 ini, goodies seperti kipas dan topi ISN di berikan kepada para pengunjung yang setia menunggu di tepi penghadang untuk melihat para pelumba menghabiskan perlumbaan sebanyak  pusingan dan macam jual pisang goring panas. Bagi satu goodies, 10 tangan yang menghulur, memang best. Ada juga yang buat muka sedih bila tak dapat, nak buat macam mana, stock sedikit. Minta maaf yer…

Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, upacara  penutup di adakan di pentas karnival pameran LTDL 2011.Band Taj Mahal nyanyi lagu tema LTDL dan jemput semua crew naik join sekali. Apa lagi, saya, bob dan yang lain-lain terus meluru naik ke pentas dan nyanyi sama-sama, memang terbaik. Tamat persembahan, masing-masing kemas untuk pulang dan untuk peringkat yang terakhir ini, kami memang lambat kemas sebab nak enjoy puas-puas dulu hari akhir. Sampaikan saya sendiri kena simbah dengan air botol sejuk dengan orang kuat karnival LTDL 2011, En. Hardy, Haish.. nasib ada baju spare dalam van. Kalau tak, comfirm Abg Jai suruh duduk atas bumbung..hahaha..Anyway guys, thanks for all the support. Minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika ada terkasar bahasa, tersilap kata dan ada kekurangan yang lain sewaktu berlangsungnya karnival LTDL 2011 ini.

Sayonara dari saya, kita jumpa lagi tahun depan insyaallah.

Disediakan oleh
Chienoz
Penolong Pegawai Unit Komunikasi Korporat
Institut Sukan Negara

Kenali apa itu SQUASH

Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.

Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.
Follow up:
Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.
Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy negeri ditubuhkan termasuk Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966.


Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007.

Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil.

Disana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.

Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit.
Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.