id=khairul4189">

Tuesday, February 8, 2011

Malaysia...AUMMMMMM

Medan Uji Kemampuan

Oleh: Faisal Jamal
Foto: Faisal Jamal
KELANA JAYA, 8 Feb – Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan K. Rajagobal akan memastikan anak buahnya memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Hong Kong malam esok. Katanya walaupun ia hanya perlawanan persahabatan tetapi tetap penting dalam memastikan pencapaian skuad negara di peringkat yang lebih tinggi.
Ketika beberapa pemain tampak di ketepikan dalam perlawanan esok akibat kecederaan, Rajagobal bingkas menolak sebarang kerisauan ketiadaan pemain-pemain utama sambil menyifatkan ia peluang terbaik pemain-pemain baru untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.
” Kita juga harus beri peluang kepada mereka untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dan saya tiada masalah dengan situasi itu. Jika pemain utama tiada, saya boleh menurunkan pemain-pemain lain kerana mereka juga mempunyai kebolehan masing-masing”,katanya.
Antara pemain-pemain yang mengalami kecederaan ialah Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim, Izzaq Faris Ramlan, S.Chanturu dan Sharbinee Alawi sementara Amar Rohidan masih diserang demam campak.
Sementara itu Ketua Jurulatih Hong Kong Tsang Wai Chung akan tetap menurunkan barisan terkuatnya menentang Malaysia esok sambil menyifatkan skuad negara jauh berbeza semenjak memenangi Piala Suzuki AFF tahun lepas. Katanya Hong Kong akan membariskan barisan utamanya bagi menguji kekuatan pasukan negara.
Perlawanan bertemu Hong Kong juga boleh dianggap medan menguji barisan pemain sebelum skuad negara berhadapan dengan Pakistan dalam perlawanan kelayakan Olimpik London 23 Februari ini.
Malaysia pernah bertemu Hong Kong pada 2004 sebanyak dua kali dalam perlawanan kelayakan piala dunia namun skuad negara tewas kedua-dua pertemuan itu.
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam esok dengan sepak mula pada jam 8.45 malam.

No comments:

Post a Comment