Suatu ketika dahulu, nama mereka sering mentii di bibir peminat bola sepak tanah air, namun aksi menarik bekas-bekas pemain skuad kebangsaan itu semakin terpinggir, tenggelam di sebalik kancah bola sepak pada masa kini.
Nama-nama seperti Shukor Salleh, Ahmad Sobri Ismail, Radhi Md. Din, Shahrin Majid dan Azman Adnan suatu ketika dahulu menjadi idola peminat bola sepak tempatan yang pasti masih merindui kehebatan mereka memperagakan kemahiran di tengah padang.
Ternyata, mereka masih hebat seperti dibuktikan ketika mewakili pasukan Bekas Pemain Malaysia menentang skuad Bekas Bintang Singa Utara Perlis dalam perlawanan merebut Charity Cup 1Malaysia di Stadium Utama, Kangar, semalam.
Dengan kemahiran ditunjukkan, Bekas Pemain Malaysia Berjaya menjulang Charity Cup 1Malaysia selepas menewaskan Bekas Bintang Singa Utara Perlis 4-1 hasil jaringan Shahrin (minit 20 dan 25), Koet Kin Keong (minit 53) dan Azman (minit 72). Satu-satunya jaringan Perlis dihasilkan Hamizan Ismail (minit 27).
Perlawanan anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bekas Stlet Kebangsaan itu Berjaya mengembalikan nostalgia kehebatan bekas pemain Malaysia dan Perlis.
Tidak, kurang hebatnya Bekas Bintang Singa Utara Perlis memberikana aksi menarik menerusi barisan mantap yang antaranya penyerang sensasi Saidin Osman, Jaflus Jahit, Suhairi Karim dan Andrien Jurad Chamrong .
Perlawanan tersebut selain membangkitkan semangat bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri Perlis, ia bertujuan mengutip dana bagi membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang susah, orang kurang upaya dan mangsa bencana alam seperti banjir baru-baru ini.
Aksi pemain kedua-dua pasukan berjaya `mencuti hati’ peminat-peminat bola sepak khususnya di Perlis yang terpegun menyaksikan kehandalan mengawal dan menguasai bola daripada pemain-pemain veteran tersebut walaupun pergerakan agak terbatas kerana factor usia.
Namun, tanpa kelincahan sebagaimana dahulu, penguasaan dan kemahiran menggelecek masih tetap `berbisa’ bagi bekas-bekas pemain kedua-dua pasukan itu yang berjaya menghiburkan penonton.
Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemain kedua-dua pasukan. – MEDIASUKAN.
No comments:
Post a Comment