Yeeha!!! Hari terakhir untuk karnival pameran LTDL 2011. Semua bersemangat untuk melakukan tugas buat hari yang terakhir. Boleh di katakan semua team pameran ISN bangun awal untuk melaksanakan tugas di hari yang terakhir ini. Bangun awal-awal, mandi lama-lama dan breakfast puas-puas. Kenapa begitu? Sebab kami duduk di Hotel Midah jer..dekat sangat-sangat dengan tapak karnival pameran LTDL. Kredit to Kak Nani LTDL yang pandai sekali lagi memilih hotel untuk mai semua menginap.
Seperti yang di jangka, tapak karnival pameran sudah di penuhi pengunjung seawal 8.30 pagi walaupun ianya di buka pada pukul 9.00 pagi. Terima kasih kepada Encik Fawas yang tiba awal dan jaga booth ISN. Suruh datang awal sebab takut jalan di tutup dan tiada parking. Keadaan dataran yang agak lembab sedikit mungkin sebab baru hujan semalam. Budget nak berangin la kaki ni, tapi bila hujan, habis semua sejuk tapak kaki.
Seperti biasa, bike fit kami memang tetap menjadi pujaan hati pengujung, lagi-lagi bila ada peserta yellow ride di sekitar tapak karnival. Yellow Ride? Korang tahu tidak? Mereka ni peserta yang mengayuh basikal beramai-ramai di jalan yang telah di tetapkan oleh pihak penganjur. Semuanya kuning. So, senang la nak kenal mereka dari jauh. Masa mereka sampai kat booth ISN, saya pun bakarlah sedikit ego mereka "abg/kakak, nak cuba try kekuatan kaki tu? meh lar… buat ujian ni, baru betul". Memang riuh dibuatnya bila mereka cuba. Habis gegar satu booth. Berpeluh-peluh juga mereka kayuh di tambah dengan penat lelah berkayuh acara sebelumnya. Bak kata Anu dan Che Mat Raja Lawak, memang dasar nak tengok orang berpeluh, hehehehe…
Tidak lupa juga kepada bunga-bunga pegawai pemakanan sukan ISN, kak Soraya serta Kak Neng. Menjadi rebutan orang ramai yang berkunjung sebab nak cek berat, tinggi serta kandungan lemak di dalam badan dengan percuma. Dan menjadi sejarah LTDL 2011 sampai beratur panjang pengunjung untuk melakukan ujian ini. Tak menang tangan dibuatnya anak buah Kak Imah ni… hehehe… (Comfirm tersedak Kak Imah time saya taip blog ni) weeee…
Turut menjadi perhatian di booth ISN, G5! hmmm… apa tu? Apple Mac kepunyaan pusat analisis sukan yang di bawa khas oleh En. Fawas serta pelajar praktikalnya. Siap ada yang tanya, tak nak goodies ISN yang biasa, nak yang G5 ni pun cukup lar. hahaha… Monitor pun jadi lah… popular sungguh G5 ni… Pegawai dari pusat analisis sukan ini menunjukkan analisis pasukan bola sepak kebangsaan ketika menentang Laos. Ramai juga yang tengok dan adalah seorang dua memberikan pendapat kepada En. Fawas. Lama jugalah mereka berbual. Nak dekat sejam Fawas melayan. Nak tau apa yang dibualkan, tanyala Fawas bila jumpa dia nanti… hehehehe
Untuk memeriahkan lagi hari terakhir LTDL 2011 ini, goodies seperti kipas dan topi ISN di berikan kepada para pengunjung yang setia menunggu di tepi penghadang untuk melihat para pelumba menghabiskan perlumbaan sebanyak pusingan dan macam jual pisang goring panas. Bagi satu goodies, 10 tangan yang menghulur, memang best. Ada juga yang buat muka sedih bila tak dapat, nak buat macam mana, stock sedikit. Minta maaf yer…
Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, upacara penutup di adakan di pentas karnival pameran LTDL 2011.Band Taj Mahal nyanyi lagu tema LTDL dan jemput semua crew naik join sekali. Apa lagi, saya, bob dan yang lain-lain terus meluru naik ke pentas dan nyanyi sama-sama, memang terbaik. Tamat persembahan, masing-masing kemas untuk pulang dan untuk peringkat yang terakhir ini, kami memang lambat kemas sebab nak enjoy puas-puas dulu hari akhir. Sampaikan saya sendiri kena simbah dengan air botol sejuk dengan orang kuat karnival LTDL 2011, En. Hardy, Haish.. nasib ada baju spare dalam van. Kalau tak, comfirm Abg Jai suruh duduk atas bumbung..hahaha..Anyway guys, thanks for all the support. Minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika ada terkasar bahasa, tersilap kata dan ada kekurangan yang lain sewaktu berlangsungnya karnival LTDL 2011 ini.
Sayonara dari saya, kita jumpa lagi tahun depan insyaallah.
Disediakan oleh
Chienoz
Penolong Pegawai Unit Komunikasi Korporat
Institut Sukan Negara
No comments:
Post a Comment